One Day As A Lion…


Nikon D80 3.6sec f/25 26mm ISO800
Edit dengan Lightroom dan Photoshop

“One Day As A Lion is both a warning delivered and a promise kept.

A defiant affirmation of the possibilities that exist in the space between kick and snare. It’s a sonic reflection of the visceral tension between a picturesque fabricated cultural landscape, and the brutal socioeconomic realities it attempts to mask. One Day As A Lion is a recorded interaction between Zack de la Rocha and Jon Theodore from Los Angeles, California.”

The name taken from the infamous 1970 black and white, captured by legendary Chicano photographer George Rodriguez featuring a center framed tag on a white wall in an unspecified section of Boyle Heights. It reads: ‘It’s better to live one day as a lion, than a thousand years as a lamb.’ This record is a stripped down attempt to realize this sentiment in sound.”

Consist of Zack de la Rocha (vocals / keyboards) and Jon Theodore(drums).
Yes, De La Rocha from RATM, and Jon Theodore from The Mars Volta.
Hear the sound…

One Day As A Lion - Myspace - Official Web

EP Album in stores 22 July 08.

Esok saja…

Popularity: 10% [?]

linedot1.jpg

Piknik Malam…

Senikatawati
Nikon D80 1/20sec f/1.8 50mm ISO800
Diedit dengan Adobe Lightroom dan Photoshop CS

Berada di KL hujung minggu lepas. Sempat berjumpa sebilangan kecil kawan di Putrajaya pada Ahad malam. Makan dan lepak. Bercerita kisah kisah tertinggal lama. NizamNuri, Min, Ikmal, Wanie, Farah kemudian kawan Min si Iqmal dan kawan baru aku, si Oat. Terima kasih kerana sudi luangkan masa bersama berborak dan melepak mengambil gambar macam orang gila.

Berkesempatan tag along shoot gambar promo untuk WaniArdi. Oat yang shoot…
Aku tumpang je…

Esok saja…

Popularity: 16% [?]

linedot1.jpg

Mula mula sekali, aku nak luruskan beberapa perkara.

Tajuk entri digunakan untuk tidak mengenerate SEO. Ha Ha Ha.

Terima kasih kepada semua yang telah menyebarkan entri tersebut kepada forum-forum Fhotografi di Malaysia ini. Walauapapun nawaitu kamu, baik atau buruk, saya serahkan kepada Tuhan untuk dinilai. Aku tidak mengenali thread starter tersebut dan tidak ada apa perjanjian dengan mereka. Mereka secara sukarela meletakkan pautan artikel tersebut. Jika kamu mahu siapa yang memprovokasi, mereka-mereka inilah. Aku penerima maki-maki kamu sahaja. Malah ada yang terlebih rajin dengan meletakkan url flickr dan juga mengambil sekeping gambar aku di flickr dengan tujuan mengaibkan aku dan melanggar peraturan hakmilik. Kamu akan saya hubungi. Terima kasih.

Nama aku Affendy Zaidan, tapi kamu boleh panggil aku Fendy. Ini adalah blog/photoblog aku, tempat aku menulis. Ini pulak Flickr aku, tempat aku letak “kerja” fotografi aku. Bila aku letak nama penuh aku dan memperkenalkan diri aku, aku harap, jika kamu jujur dengan diri sendiri, dan mahu pandangan kamu diambilkira, silalah memperkenalkan diri kamu, dengan url dan email yang betul. Aku letak diri aku seketul bulat-bulat di sini untuk dinilai dan dikeji. Bukan olok-olok. Sila wujudkan sedikit digniti atau rasa hormat kepada diri sendiri, barulah aku akan menghormati pandangan kamu. Dan kita boleh berbincang secara selayaknya. Tidak perlulah rasa gentar atau takut untuk meletakkan url ke blog/fotopages/flickr kamu (ya, ada setengah yang boleh ditrace, dan aku tidak rasa kamu patut berasa malu dengan hasil kerja kamu untuk dinilai. Adil?). Aku tidak boleh bertoleransi dengan mereka-mereka yang cakap merepek dan tidak meletakkan nama atau jasad kepada suara merepek tersebut. Ini perbuatan pengecut. Fahamlah itu dahulu, kemudian kamu akan faham kenapa aku bersifat kurang ajar seperti yang dikata oleh orang-orang di entri “Kenapa Aku Anti Wedding Fhotographer”.

Lagipun tengok tag blog ini sendiri,

MANUSIA PRAHISTORIK DIGITAL
SINIKAL, KURANG AJAR DAN BIADAP…
Entri di sini, banyak sinikal. Banyak!!!

Tercuit sikit, ada yang melenting. Tercuit sikit, ada yang menyerang peribadi penulis. Tidakkah ini menampakkan apa yang ditulis itu menunding-nunding pada diri kita? Lepas itu, disalahkan aku. Letakkan diri kamu sebagai aku, sebagai tuan rumah. Orang bertandang, tanpa salam, tanpa perkenalkan nama, menyerang kamu dengan tuduhan tak berasas. Pelik dan tidak adil bukan?

Ah. Sehari sudah aku tengok saja entri itu, hendak melihat ke mana halatujunya. Sememangnya tidak sampai benda yang aku cuba sampaikan kepada kebanyakan orang. Tapi ada juga yang faham walaupun banyak yang melenting. Terima kasih kepada yang jujur memberi pandangan. Banyak membuat aku berfikir dan menjana persepsi baru tentang tajuk ini.

Tiada niat langsung dari pihak aku seperti yang dicanang-canang anonymous bahawa aku ini memfitnah, mencurahkan pasir ke periuk nasi orang, dan ada juga menuduh aku nak menjahanamkan orang Melayu. Tetapi dengan entri sekecil itu, orang sudah mula gelabah gusar. Tapi tidak terfikirkah kamu bahawa ini adalah blog persendirian. Tiada siapa pun memaksa kamu atau sesiapa sahaja menerima apa-apa pun dari sini bulat-bulat.

Entri pun bertajuk “KENAPA AKU ANTI”. Aku sahaja. Pendapat aku. Siapalah aku ini jika hendak dibandingkan dengan kamu-kamu yang memang wedding photographer amateur, professional dan poser. Aku hanya seorang lelaki yang mempunyai fotografi sebagai hobi dan pemerhati aliran fotografi ini. Salahkah aku melahirkan pendapat? Atau kita semua tidak boleh ditegur. Aku jujur, aku tidak menggunakan peribadi olok-olok. Aku ada bentuk, ada wajah, ada nama.

Peliknya, aku ingat tidak ramai wedding photographer yang akan terasa dengan entri yang nyata ditujukan kepada poseurs dan trend follower. Bukan hendak berkata aku betul, tetapi memang wujudlah sifat-sifat yang diperkatakan dalam perkerja-pekerja tukang amibil gambar orang kahwin ini sendiri. Salah aku? Bagaimana pula mereka-mereka yang bersetuju sebulat suara, atau pun separuh bersetuju? Tidakkah itu menunjukkan ada yang benar dalam artikel tersebut?

Terimalah kenyataan. Banyak lagi kerja-kerja kita yang ada kelemahan. Terpulang pada diri masing-masing hendak menentukan ke mana hala tuju those so called WEDDING PHOTOGRAPHER ini. Seperti yang dinyatakan terdahulu, aku bukan wedding photographer. Serius. Tidak bolehkah teguran itu dilihat teguran oleh seorang pelanggang yang ada pengetahuan fhotografi? Ataupun sebagai pemerhati trend fotografi menegur komuniti fotografi itu sendiri? Apa kebalkah sehingga perkara-perkara ini menjadi satu larangan untuk diperbincangkan?

Dan kini, ada yang bertanya apakah solusi semua perkara yang disebut pada artikel tersebut. Adoi! Siapa wedding photographer sebenarnya sekarang? Kamu semua kebanyakannya di bayar melakukannya. Kalau aku seorang usahawan, manakan mungkin aku berkongsi trade skill aku dengan kamu? Tetapi banyak PRO-PRO telah meninggalkan pandangan dan cara bagaimana kamu boleh memperbaiki diri masing-masing sebagai seorang jurugambar dan wedding photographer secara khususnya. Itu lebih afdal dari mendengar pandangan hobbyist macam aku yang kononnya tidak tahu apa apa ini.

Apa yang aku boleh berikan adalah perkara yang dilihat secara rasional.

Shot berulang. Solusi. Jangan ulang. Cari idea lain. Pilih atau create satu trademark shots yang hanya kamu sahaja boleh buat (atau tidak ramai photog boleh lakukan ketika itu). Trademark itu akan menjadi identiti kerja kamu, seperti mana shot-shot dari cermin solek yang telah menjadi trademark dahulu dan menjadi ikutan sampai sekarang yang mana membunuh originality. Bila trademark kamu sudah boleh dilakukan oleh semua orang, beralih mencari trademark lain.

Secara logik akal yang tuhan bagi, kalau semua wedding photographer yang muncul satu hari nanti, punya shot yang sama, punya kualiti kerja yang sama, punya harga yang sama, dan yang sama ini bukanlah ditahap yang memuaskan, tetapi kegagalan edukasi terhadap pengguna, membuatkan pilihan menjadi mudah. Trade tools korang boleh diproduce mudah dan ditawarkan pada harga yang lebih murah berbanding nilai kerja kamu tetapi hasilnya sama malah lebih baik? Originality ini boleh hilang dalam 2-3 hari. Isnin kamu shoot secara A, rabu sudah ada photog lain shoot secara A beribu-ribu orang. Apa nak hairan, dunia cyber, maklumat di hujung jari. Dengan itu, trademark shot atau specialty adalah pilihan yang terbaik untuk maju dan berdiri berasingan daripada photographer lain.

Ya, akan ada photog counter, itu ini adalah kehendak pelanggan dan terpaksa diturut. Bagi aku, kerja photographer ni bukan dari segi teknikal sahaja, bukan petik kamera sahaja. Bagi aku, photographer juga perlu bertindak sebagai konsultan dan art director. Terangkan kepada pelanggan, shots yang diminta (kebanyakan takde originality) akan diambil, tetapi kamu punya idea lain yang perlukan kerjasama dan yakinkan mereka bahawa ianya membawa kelainan daripada album-album pelanggan lain. Gunakan daya kreativiti kamu sebagai photographer.

Pasti orang akan mencemuh, “Cakap pandai lah,”. Tapi, kalau kamu tidak mahu kehadapan, berjaga-jagalah. Akan ada gelombang baru photographer NU SKOOL yang pandai bermain dengan software editing dan hanya perlu masa untuk develop skill composisi dan gaya thema gambar. Mereka-mereka ini yang berguru dengan GOOGLE dan berujuk dengan JPGMAG atau FLICKR. Mereka akan memintas kamu sedikit masa lagi kerana mereka mungkin sedikit sebanyak tidak terikat dengan gaya-gaya lama yang kamu semua perniagakan.

Satu lagi etika kerja dan rajin improve diri dengan knowledge. Etika kerja kena sentiasa cemerlang. Setiap gambar yang dipilih dan diedit perlulah mencapai standard bukan sama dengan bayaran, tetapi lebih dari bayaran. Zaman teknologi ini, post processing adalah segalanya. Tanamkan identity kamu tersendiri pada setiap gambar yang diedit. Mungkin ramai orang kata, kerja perlu setimpal dengan bayaran. Tetapi tidakkah kita terfikir, dengan hasil lebih sikit dari kita, akan membuatkan pelanggan kita bertambah? 6 rules of separation. Kerja bagus, akan dirujuk berkali-kali dan direkomenkan.

Satu perkara lagi, sifat humble. Ini perlu bagi yang baru nak berkecimpung dalam bidang ini. Bila ada orang nasihat, terutama sekali yang memang dah benchmark, terimalah yang buruk-buruk itu, lebih dari yang puji-puji. Jika sekarang gambar dipuji, esok lusa, 10-40 orang dah boleh buat benda yang sama, malah lebih elok dari itu. Bila PRO tegur, terima dan cuba improve diri. Kemaskini skill dan cara bekerja. Banyak aku lihat di forum-forum bila berani menggelarkan diri wedding photographer, ada former lain menegur, dah dikira offensif. Melenting, kata orang dengki. Kata orang nak letak pasir dalam periuk nasi.

Dan janganlah kita fikir kita boleh charge harga PRO bila kita pun baru buat satu wedding job, itupun kakak kandung punya reception. Ini semua orang tau. Orang akan cakap, itu rezeki dia, itu rezeki dia. Tapi…, haih, fikirlah sendiri.

Orang kata aku sembang kosong. Sebab tak boleh backup dengan cadangan pembaikan fotografer perkahwinan ini. Tapi, aku tidak buat kerja ini. Siapa lah aku. Bila aku cakap, nanti orang kata, semua terpulang kepada pelanggan. Pelanggan yang tak menggalakkan kreativiti. Kalau ada pelanggan yang bagi job untuk kamu ambil gambarnya di majlis nanti, dan berikan segala kebebasan untuk kretiviti kamu, bersediakah kamu? Atau hanya shot-shot itu (yang repetition) yang ada dalam workbook kamu?

Fikirkanlah.

Alah, siapalah aku ni. Bukan PRO pun. Siapalah nak dengar cakap aku…

Satu lagi, pasal perihal menegur noobies atau newblood di fotopages. Aku tak tahu menahu hal ini, tetapi apa yang aku lihat, orang orang photography hanya akan komen, bila kamu puji gambar dia, dia akan bertandang ke fotopages yang mengkomen tadi, dan memuji sekeping entri dia yang paling atas. Itu yang selalu terjadi. Lalu wujudlah perkara otai taknak tegur noobie la, noobie tak puas hati la. Otai nak tembak noobie mati la. Tapi penting sangat ke persetujuan otai nak majukan diri ni? Tanya diri sendiri balik.

Untuk pengetahuan, aku juga tidak berguru dengan sesiapa, Tiada juga sertai kumpulan atau gerakan photografi. Aku tidak cari approval sapa sapa. Tidak berniat memuaskan hati sesiapa terutama sekali otai, kerana aku dan mereka sangatlah berlainan level. Akar dengan langit (aku akar la). Tetapi sesekali bila dipuji, kembang juga. Pasti ada sesuatu yang betul aku telah lakukan. Photography hanyalah hobby.

Tetapi tidurku masih nyenyak.

Jangan salah faham. Ini bukan entri minta maaf. Aku masih pegang apa yang aku cakap. Terpulang untuk kamu bagaimana untuk menerimanya. Secara positif, atau negatif. Provokasi adalah satu cara untuk membuat kita berfikir akan sesuatu isu. Terpulang bagaimana kita nak hadapi provokasi itu. Provokasi orang lain, selalunya aku pandang dengan kelakar sahaja.

Aku nak kembali kepada menulis blog HATER ini.
Tapi kamu semua masih dijemput untuk mengkeji dan menghina.
Vice versa.

Esok saja…

Popularity: 32% [?]

linedot1.jpg

AirplaneSystm…


Nikon D80 2.2sec f/25 26mm ISO800
Diedit dengan Adobe Lightroom dan Photoshop CS3

Hari ini, 3 helai tshirt baru dari AirplaneSystm sampai di opis ku.

AIRPLANE SYSTM, since 1998, the company was built under the name of Airplane. Airplane symbolyzes the fastest, most modern and sophisticated service for everyone who need to be transported to a target area in a modern era. With the service and material-composed as strong as the materials used for building an airplane, we try hard to build our good image and always go public for those who are dynamic, highly-mobiled citizens and live in this modern era.

AirplaneSystm adalah satu jenama dari Indonesia yang telah aku kenali daripada bertandang di Urbanscapes tempoh hari. Hasil dari sehelai yang dibeli, aku rasa kualiti kainnya bagus dan printingnya bukanlah menggunakan silkscreen.

Siri In-Ter-Miss-Ion adalah sebuah siri yang menggabungkan photography dan graphic design. Gambar yang digunakan adalah kebanyakannya dari photographer Indonesia. Di setiap helai tshirt ini, nama phtographer asal akan dicatatkan di belakang. Menarik bukan?

Terima kasih Amer untuk penghantaran yang tepat pada masa dan harga yang dapat sedikit bargain. Untuk sebarang pertanyaan atau belian, bolehlah terus berhubung dengan stokis Malaysianya, Amer di MY.Airplane.Systm.

Siang tadi, aku dan Nizam-Nuri membuat brainstorming terhadap isi kandungan entri aku yang mungkin akan diterbitkan. Isi-isinya telah dikumpul, tiggal untuk digarap sahaja. Tajuk entri tersebut adalah…

“HAI! SAYA ABANG BOB, ANONYMOUS BLOG COMMENTOR…”

Tapi aku harap, entri ni takkan tersiarlah sebab biar ia jadi bahan simpan arkib. Nizam mesti nak juga ianya diterbitkan. Demm. Berbelah bahagi.

Aku suka noise dalam photo aku…

Esok saja…

Popularity: 39% [?]

linedot1.jpg


Nikon D80 1/30sec f/4.2 31mm ISO1600
Edit dengan Adobe Lightroom, CS3 dan Lightroom semula
Shutter diklick oleh Tunang.

Dipamerkan di Berjaya Times Square untuk eksibisi Pesta Flora Malaysia 2008 anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia. Syukur gambar ini tidak menang kerana sudah jemu dengan pencapaian gambar ini, dan akan di delete dari cakera keras secepat mungkin. Ia seperti satu sumpahan, kalau gambar ini diletakkan bersebelahan dengan hasil aku yang lain, ia tetap akan dipilih lebih elok daripada hasil lain yang jauh lebih elok di pandangan mata aku. 2 lagi submisi ku lebih elok dan teknikal dari gambar yang dipilih pihak penganjur ini.

Entri dari photographer lain sangat cantik, tetapi banyak menggunakan kekuatan lensa kaca mahal-mahal. Kekalahan amateurist kepada gear freaks telah diramal terlebih awal. HA HA HA!

Pergi la tengok.

Esok saja…

Popularity: 70% [?]

linedot1.jpg
« Entri Terdahulu